Monday, September 8, 2008

IMBASAN PRK 06/07

Di Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) Tanjung Malim pula turut menyaksikan kejadian yang sama. Di bawah peraturan tertentu, manifesto calon perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) terlebih dahulu, sedangkan manifesto adalah hak mutlak calon sebagai ikatan janji antara calon dengan mahasiswa.Menurut sumber Upsi, kempen juga dilarang secara bersemuka seperti di tempat ibadat, bilik bacaan dan dari bilik ke bilik. "Kempen di bilik kuliah dibenarkan, tapi mestilah mendapat kelulusan pegawai akademik dan hal itu tidak boleh melebihi 10 minit."Selain itu, hanya poster dan kain rentang yang mendapat kelulusan SPMPP sahaja yang boleh digunakan. Kita hanya dibenarkan mengguna tali yang disediakan oleh SMPP sahaja dan menampal pada papan kenyataan yang dibenarkan sahaja mereka," jelas sumber berkenaan.Sumber itu berkata, ada sesetengah calon yang diugut dan dilarang bertanding oleh pengetua kolej dan felo-felo, bahawa nama mereka akan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pro pembangkang."Calon-calon yang bukan ditaja oleh HEP tidak mendapat tandatangan Dekan malah diugut oleh Dekan sekiranya menang akan memberi kesan untuk 'posting' dalam kerjaya perguruan setelah tamat pengajian."Selain itu, pihak HEP sendiri telah menyediakan senarai calon Aspirasi di pihak mereka sahaja. Senarai itu telah digunakan untuk memudahkan rujukan para Dekan sebelum menurunkan tandatangan bagi mengesahkan pencalonan," kata sumber berkenaan.Menurut sumber, pihak polis turut berada di sekitar pejabat HEP pada hari penjualan borang pencalonan dilakukan.

No comments: