Wednesday, November 12, 2008

kronologi PRK UPSI

11 OGOS Notis syarat-syarat kelayakan sebagai calon MPP dikeluarkan
-Terdapat tambahan syarat baru iaitu calon perlu menghadiri 3 kali kursus yang akan dianjurkan.Timbul tanda Tanya sesetengah calon tentang motif syarat ini ditambah.

12 OGOS
Beberapa persatuan menghantar memorandum membantah penggunaan e-voting dan menuntut ketelusan dam PRK kali ini.Keputusan yang diperoleh:
a) Password untuk membuka dan menutup system e-voting dikawal oleh NC,tahun sebeum ini TNCHEP yang mengawal.( Jelas ketidakpercayaan NC kepada TNC)
b) Semua dekan akan berada didalam dewan penamaan calon untuk proses tandatangan daripada dekan.
- simbolik kejayaan suara mahasiswa.

13 OGOS
Borang untuk menyertai kem kepimpinan HEP dikeluarkan. Calon mengambil borang tersebut di pejabat am Unit pembangunan pelajar.

29 OGOS
Tarikh tutup untuk menghantar borang kem.
Hanya 70 orang sahaja yang menghantar borang
19 – 21 SEPT Kem kepimpinan HEP siri pertama di sungai samak.Jumlah peserta yang hadir hanya 57 orang.
Pengisian: LDK,team building,ceramah
Urusetia: HEP,Pegawai kesihatan,felo
Fasilitator : Pengetua –pengetua kolej ( KUO,KHAR,KLK,KAB,KZ )

9 – 11 OKT Kem kepimpinan siri kedua di kem BTN ulu kernas. Jumlah peserta hanya 42 orang
Pengisian : LDK,ceramah (terdapat beberapa slot screening secara xlangsung )
Urusetia : Pihak BTN

13 OKT Pembelian borang calon MPP sesi 08/09
Tempat : Bilik mesyuarat utama HEP
Masa : 8 pagi – 5 petang
Harga: RM20

-Perbezaan berbanding prk tahun lalu ialah warna borang untuk kerusi fakulti dan umum adalah sama ( putih ).
- Calon yang layak membeli borang adalah seramai 42 orang ( ikut jumlah peserta kem kedua)

14 OKT Hari penamaan calon
Tempat : Bilik pameran bitarasiswa
Masa : 8.30pagi – 11 pagi

Jumlah calon: 39 orang
Umum: 11 orang
8 fakulti : 28 orang

PRO ASPIRASI : 27 orang
PRO MAHASISWA : 12 orang

4.30petang : Taklimat calon/wakil calon dan taklimat e-voting.

15 OKT Tempoh bertenang

16 – 20 OKT
Tempoh kempen bermula jam 3 petang ( 16hb) dan berakhir 12tghmlm( 20hb ).
-Tempoh asal tamat kempen ialah pada 16hb ,namun telah dipanjangkan oleh NC ( lagi ketidakprihatinan TNCHEP sebagai pengerusi sekretariat).
-Rapat umum menjadi pilihan calon. Pro mahasiswa menggunakan slogan ’KEBAJIKAN’ manakala PRO ASPIRASI slogan ’KUALITI’

21 OKT Hari pengundian
Ada 7 tempat mengundi:Dewan KUO, Foyer KHAR, Dewan KZ, Bitarasiswa, Library, Bangunan KDP dan Dewan SITC.
Masa: 8.30pagi – 7petang( lanjutan masa )
Keputusan diumumkan pada jam 7.30 mlm.Peratus keluar mengundi hanya 61% daripada 12ribu mahasiswa UPSI.

Keputusannya:
PRO MAHASISWA : MEMENANGI 8 KERUSI ( Daripada 12 ) kalah 4
PRO MAHASISWA : MEMENANGI 13 KERUSI ( Daipada 27 ) kalah 14
’PRO MAHASISWA’ MENANG BERGAYA untuk tembusi kubu kuat aspirasi selama 3 tahun.

22 OKT Pemilihan kerusi etnik
Etnik cina : Pro aspirasi menang
Etnik India : menang tanpa bertanding ( Pro aspirasi )
Etnik sabah : Pro aspirasi menang
Etnik sarawak : menang tanpa bertanding ( Pro aspirasi )

22 – 25 OKT Proses pembentukan kabinet MPP
Keputusan:Pro Aspirasi mendominasi kerusi MT,Pro mahasiswa hanya diberi kerusi exco.
Sebab: Pro Aspirasi Mempunyai majoriti dan mendapat sokongan daripada exco yang memenangi kerusi etnik.

25 – 7 NOV Pro mahasiswa mengadakan rundingan bersama TNC HEP untuk memohon kerusi MT.
Pemakaian riben marah oleh mahasiswa tanda protes kabinet berat sebelah.

8 NOV Watikah Perlantikan
Masa : 8malam.

- NC menegur tindakan pro kebajikan membantah kabinet yang dibuat.Namun hakikatnya Mahasiswa yang mahukan kabinet dirombak.

SEKARANG MASA UNTUK SEMUA EXCO MPP MENUMPUKAN KEPADA USAHA MENJAGA KEBAJIKAN MAHASISWA DISAMPING MEMELIHARA KUALITI GRADUAN DARI UPSI.. KE ARAH MEMAJU INSTITUSI PENDIDIKAN TERUNGGUL.

Sunday, November 9, 2008

Keputusan yang tidak mengejutkan.......

Kampus UPSI,-Seperti yang diduga akhirnya Dato NC menidakkan kehendak dan pilihan Mahasiswa dengan mengesahkan kabinet MPP berdasarkan peraturan-peraturan yang termaktub dalam AUKU.Termeterai sudah kontroversi yang berlaku dan tindakan pro kebajikan serta penyokong-penyokong mereka wajar dipuji dalam memastikan demokrasi terpelihara dan menolak politik sempit kepartian..

Kepada semua EXCO-EXCO MPP,lupakan sengketa yang berlaku,jadikan kabinet yang ada sebagai satu pasukan yang penuh nilai kekeluargaan dan kerjasama.Sudah tiba waktu untuk kalian semua bekerja demi kebajikan mahasiswa dalam menjamin kualiti Universiti.Kebajikan perlu berjalan seiringan dengan kualiti..Tetapkan pendirian dan tolak ansir-anasir luar yang boleh menghuru-harakan keadaan.Jagalah nama baik Universiti dan sama-sama dalam memacu UPSI ke arah institusi pendidikan terunggul.

Saturday, November 8, 2008

PERATUS KELUAR MENGUNDI

Mungkin sesetengah pihak tidak peduli tentang peratus mengundi,namun bagi saya peratus mengundi pada kali ini amat rendah dan peluang inilah yang digunakan sepenuhnya oleh PRO KUALITI melaui kempen-kempen tunjuk muka di tempat pengundian.Pengawal keselamatan pula lansung tidak ambil tindakan..jELAS mereka melanggar peraturan..

Yang menarik untuk saya bincangkan adalah sekiranya 2/3 majoriti pengundi perlu turun membuang undi dijadika syarat utama maka pemilihan MPP kali ini boleh dikatakan tidak SAH kerana yang keluar mengundi kurang 2/3(hanya 7ribu lebih turun megundi daripada 12001 pengundi ).

Beberapa faktor boleh dijadikan sebab peratus mengundi yang rendah
1. Minggu berlangsungnya prk adalah minggu hari menghantar tugasan.
2. Faktor Hujan
3. Pelajar tidak berminat
4. Tiada tarikan untuk pelajar turun mengundi
5. Silent protes
6. Pelajar jemu dengan politik berkumpulan.

DI MANA KESUDAHAN PEMBENTUKAN KABINET MPP

Walaupun pada asalnya kem kepimpinan siri 1 & 2 yang dianjurkan bertujuan untuk menyatukan hati bakal mpp dan pengukuhan konsep kerjasama nampak seakan berjaya namun kita tidak dapat menafikan bahawa wujudnya 2 kumpulan melalui 2 slogan yang berbeza iaitu 'KUALITI' DAN 'KEBAJIKAN'.Keputusan PRK UPSI kali ini bagi saya paling bersih dan telus dalam sejarah PRK memeberikan keputusan berikut PRO KUALITI 13;PRO KEBAJIKAN 8.... Keputusan yang sudah dijangka sesetengah pemerhati politik, namun memberi kejutan kepada universiti lain.Maka mulalah mereka membuka mata dan tertanya-tanya..

Cukup secara ringkas pengenalannya,ayuh kita kembali ke topik utama iaitu berkenaan Pembentukan Kabinet MPP.
Dua perkara yang perlu di beri perhatian; Antara kepentingan sesuatu kumpulan mahupun kehendak pengundi????????

Mari kita perincikan

kepentingan kumpulan
1. Yang pasti kumpulan yang majoriti akan menguasai kabinet mpp.
2. Kabinet sah dari segi AUKU
3. Kena akui bukan semua calon berkualiti dan mampu mentadbir mpp

isu yang timbul:
1. Apakah HAK MPP ETNIK untuk turut mengundi untuk kabinet sedangkan keputusan pemilihan mereka belum sah???
2 Di manakah profesional bakal-bakal pendidik yang langsung tidak memberi ruang kepada calon-calon lain yang dilihat lebih berkelayakan???
3 Di manakah prihatinnya pihak HEP dalam menangani masalah ini? Adakah penawaran 2 jawatan MT kepada pro kebajikan polemik politik semata-mata??
4. Adakah Kehendak pengundi disisiskan berbanding kehendak pro kualiti???



KEHENDAK PENGUNDI
1. Mahukan calon yang mendapat undi tertinggi DALAM KERUSI UMUM dilantik sebagai MT.
2. Mahukan akmal sebagai YDP( LAYAK JIKA DINILAI DARI SEGI KEBOLEHAN DAN PROFESIONAL KERJANYA).
3. Mahasiswa telah menyatakan bantahan secara diam melalui pungutan tandatangan.
4. Sekumpulan mahasiswa akan menghantar memorandum bantahan kabinet mpp kepada DATO NC.

jADI APAKAH PENILAIAN TERAKHIR YANG PATUT DIBUAT OLEH DATO NC KITA? ADAKAH KABINET BERKUMPULAN MENJADI PILIHAN ATAU MENURUT KEHENDAK PENGUNDI??? YANG PASTI DATO NC PERLU MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENJADI ORANG TENGAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH INI SEBELUM BERLANGSUNGNYA WATIKAH PERLANTIKAN.

Dalang di sebalik exco-exco MPP Pro kualiti




TANJONG MALIM; Diberitakan oleh upsikini bahawa beliau(gambar diatas) merupakan orang kanan TNC(HEP) dan beliau dilihat berada sekitar dengan tempat mesyuarat pembentukan kabinet MPP baru-baru ini.Malah,saudara hairie( sebelum diundi sebagai YDP) MEMBERITAHU KEPADA AHLI MPP yang lain bahawa en faizi( gambar diatas) meminta supaya dirinya yang memepengerusikan mesyuarat.Jadi timbul persoalan disini,apakah hak en faizi campurtangan dalam pembentukan kabinet MPP dan apakah motif utama beliau serta modus operandi yang digunakan bagi pihak pro kualiti.Beliau juga merupakan orang kuat dalam HIMSAK( HIMPUNAN SISWAZAH KELANTAN) dan difahamkan HIMSAK ini tidak didaftarkan secara sah namun sudahpun melaksanakan beberapa program di kelantan terutamanya semasa musim PRU KE 12 yang lalu iaitu program anak angkat sebagai program mempengaruhi pengundi mengundi UMNO dan yang kedua menyediakan bas balik mengundi yang ditaja oleh UMNO..sUDAH TERANG LAGI BERSULUH, SALAH DI BAWAH AUKU... KEPADA BELIAU( gambar diatas) xperlulah pengaruhi ahli-ahli MPP... Buatlah kerja tu dengan betul,profesional dan penuh integriti

Sunday, October 19, 2008

MPP lepas hanya mengejar glamor dan pangkat





LAGI ORANG KUAT ASPIRASI



mohd hairie ( dah menang tanpa bertanding )




mohd asree ( calon fssk yang gila kuasa )




syaifudin ( calon fpe yang sombong )

Friday, October 17, 2008

DULU GEMILANG.... SEKARANG KUALITI

Jika prk yang lepas kunci utama yang digunakan oleh pihak aspirasi adalah 'gemilang' namun pada kali ini ianya berubah kepada 'kualiti'. Saya bersetuju sekiranya ada yang berpendapat bahawa untuk menjadi gemilang,cemerlang dan terbilang memerlukan kualiti yang tinggi dan terbaik.Namun adakah 'kualiti yang diwar warkan oleh pihak aspirasi mampu menjulang Mahasiswa dan nama Universiti ke persada Antarabangsa.

Usah kita lihat kepada yang jauh, lebih elok anda semua melihat dan mengkaji adakah calon-calon yang ditampilkan oleh jentera aspirasi berkualiti..Sekiranya calon-calon berkualiti, maka pasti dan pasti mapu untuk memacu UPSI menjadi institusi terunggul bukan sahaja di Malaysia,malah jua di Dunia..

Renungkanlah???Kita tidak perlukan seorang penyanyi,kita tidak perlukan seorang pelawak,kita tidak perlukan seorang pembohong dan pengampu.TAPI KITA PERLUKAN SEORANG PEMIMPIN YANG MENGOTAKAN APA YANG DIJANJI,PERLUKAN PEMIMPIN YANG HEBAT MEMPERJUANGKAN MAHASISWA,PERLUKAN PEMIMPIN YANG MESRA MAHASISWA DAN AKHIRNYA KITA PERLUKAN PEMIMPIN YANG RENDAH DIRI DAN LEMBUT TUTUR KATANYA.

'Mahasiswa aset negara yang amat penting dan bernilai'

PERANG POSTER

Saya percaya ketika ini kawasan kampus sudah dipenuhi dengan ratusan atau mungkin ribuan poster calon-calon yang akan bertanding.Kampus UPSI menjadi sedikit ceria dengan lambakan poster tersebut.... Warna biru bagi calon umum dan kuning bagi calon fakulti memberi signifikan dan nilai estetika yang tersendiri.

Dalam kerancakan calon dan wakil-wakil calon menggantung poster, di venue KHAR hebat berlaku sesi pengucapan awam oleh calon-calon.. Dikhabarkan ada yang menyanyi,ada yang berjanji semata-mata, ada yang pembohong malah ada juga yang ingin menumpang tuah ahli-ahli mpp yang lepas seperti Raimi.. Pengundi mungkin terkejut bila mengetahui calon-calon aspirasi terlalu manja sehinggakan perlu dikendong,perlu diambil untuk ke mana-mana lokasi.Inikah bakal mpp yang akan menjadi wakil anda????

Saya percaya anda bijak memilih!! Pilihlah yang terbaik... jangan sekadar menang sorak,UPSI tergadai.....

Thursday, October 16, 2008

SALAH SEORANG JENTERA ASPIRASI ALA ABDULLAH AL-HADI



email:muzamil_mahil@upsi.edu.my

JANJI TINGGAL JANJI

Berikut merupakan antara janji-janji MPP ASPIRASI SESI LEPAS sebagai rujukan anda:

1. Menambahkan 20 buah bas lagi untuk kegunaan pelajar, iaitu 10 di KHAR dan 10 lagi di Proton.

2. Menyelesaikan isu posting untuk semua pelajar UPSI

3. Yuran pelajar semester 8 akan dijadikan separuh bayaran sahaja.

4. Menyelesaikan masalah PTPTN dan berusaha menjadikan pinjaman tersebut kepada biasiswa untuk semua pelajar UPSI

5. Menutup semua fakulti pendidikan di universiti-universiti lain dan menjadikan UPSI sebagai satu-satunya universiti pendidikan di negara ini.

6. Merapatkan hubungan antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan juga UPSI

7. Menghapuskan bayaran denda untuk kelewatan mengambil slip, keputusan peperiksaan, dan sebagainya.

8. Mewujudkan siaran radio UPSI.fm di seluruh kampus dan kolej-kolej.

9. Menyelesaikan masalah wireless secara percuma.

10.Mewujudkan wireless di kediaman luar kampus atau pun di kawasan rumah-rumah sewa pelajar UPSI secara percuma.

11. Menghapuskan yuran pengangkutan kepada pelajar yang tinggal di luar dan mempunyai kenderaan sendiri.

* terdapat 9 lagi perkara yang tidak dinyatakan di sini, sila rujuk di pejabat MPP*


Anda sebagai mahasiswa bitara perlu bijak memilih.

Adakah anda mahukan pemimpin yang pandai bercakap dan memberi janji semata-mata??
FIKIRKANLAH!!!

21HB OKTOBER PENENTU KECEMERLANGAN UPSI

KEMPEN SUDAH BERMULA

Pada jam 2.30petang td,bermulanya kempen untuk semua calon yang bertanding.Setelah tag nama calon dan wakil calon diberi semalam,memudahkan lagi urusan kempen pada hari ini. Proses kempen ini akan tamat pada jam 12 mlm 20hb oktober.Mudah-mudahan semuanye berjalan dengan lancar dan harmoni

Wednesday, October 15, 2008

3 Fakulti dimenangi tanpa bertanding

Setelah selesai proses penamaan calon dan rayuan,Pihak spmpp telah mengumumkan calon-calon di 3 fakulti menang tanpa bertanding.Fakulti tersebut adalah dari fakulti seni & muzik, fakulti bahasa dan fakulti sains sukan.Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB kawasan.Ingat! Tunaikan janji anda.Laksanakan amanah dengan jujur dan ikhlas.

Pindaan Tarikh Pembuangan undi

Atas keprihatinan NC yang merasakan masa 2 hari yang dberikan sebelum ini terlalu singkat dan pantas,maka beliau mengarahkan sekretariat pmpp supaya meminda tarikh tersebut .
Berikut maklumat pindaan terbaru;

Tarikh: 21hb oktober 2008 ( selasa )
Masa : 8.30pg-6.00 ptg

Yang pastinya,perubahan tarikh ini memberi kelegaan kepada semua calon dan memeberi cukup masa untuk semua calon berjumpa dengan pengundi dan menunjukkan bakat kepimpinan masing-masing.

Monday, October 13, 2008

7 LOKASI BAKAL MENJADI SAKSI DETIK BERSEJARAH DEMOKRASI KAMPUS

Tujuh lokasi pembuangan undi tersebut adalah:
1) DEWAN SITC
2) DEWAN SERBAGUNA KUO
3) DEWAN SERBAGUNA KZ
4) FOYER KHAR
5) FOYER KDP
6) BITARASISWA
7) LIBRARY

TURUNLAH MENGUNDI!!!! PASTIKAN TIADA PENGUNDI HANTU!!!!!!!!!

Debaran pilihanraya kampus makin terasa

Selepas 3 hari 2 malam para peserta/bakal calon mpp berkampung di kem BTN ulu kernas,kuala kangsar yang penuh dengan intipati tersirat dan pendedahan maka secara tidak rasminya semua peseta tersebut layak untuk bertanding dalam pilihanraya kampus tahun ini sepertimana termaktub dalam perkara 8 syarat-syarat kelayakan calon.Pada Hari ini,bermula 8.00pagi sehingga 5.00 petang akan bermula proses pembelian borang di bilik mesyuarat bangunan HEP. Yang pastinya banyak mata akan memandang dan memerhati,ramai juga siput babi(SB) yang akan dihantar oleh pihak UMNO.aPE pun laluilah proses tersebut dengan lancar dan yakinlah yang benar pasti akan mencapai kemenangan.
Berani kerana benar! Tetapkan Prinsip perjuangan.

Thursday, October 9, 2008

SIRI 2 KEM KEPIMPINAN HEP

Dalam kegembiraan menanti saat pembubaran dan pilihanraya kampus, bakal-bakal calon masih dibelenggu dan terpaksa mengikuti siri kedua kem kepimpinan Hep bermula 9hb-11hb okt ini.(mula pg esok)...Semua calon perlu mengikuti siri kedua ini bagi memenuhi syarat terakhir kelayakan sebagai calon mpp untuk sesi 08/09...

Tekadkan azam! luhurkan hati!

INFO TERKINI

Selepas bemacam-macam andaian dan teori yang dilontarkan oleh pemain politik kampus ,akhirnya detik-detik yang ditunggu bakal tiba tidak lama lagi.
Disini disediakan rentetan atau kronologi untuk prk 08:
10hb okt : Pembubaran mpp 07/08
13hb okt : Pembelian borang pencalonan
14hb okt : Penamaan calon
17hb okt : Hari pengundian
Selamat berjuang kepada semua calon mpp 08/09
Tingkatkan prestasi,kurangkan provokasi!
bERANI BERUBAH

Tuesday, October 7, 2008

EPISOD DALAM KURSUS KEPIMPINAN HEP

Pada 19hb-21hb september yang lalu telah diadakan satu kem kepimpinan untuk bakal-bakal calon mpp pada sesi kali ini sebagai memenuhi syarat untuk menjadi calon.Yang pastinya, syarat ini sedikit berbeza berbanding dikampus lain.. daripada 15ribu pelajar upsi,hanya 70 orang yang memohon tetapi yang hadir hanyalah seramai 57 orang sahaja..Selama 3 hari peserta kem berkampung di teratak riverview,sg samak yang pengisiannya tidaklah membebankan mahupun menakutkan peserta.Niat murni pihak HEP untuk 'create' modul yang boleh menyatukan hati semau peserta walau mempuyai pelbagai ideologi wajar diberikan pujian.Tindakan yang berni dilakukan oleh pihak HEP dan patut diterima oleh semua pihak

Monday, September 8, 2008

IMBASAN PRK 07/08 ( BUKTI KETIDAKTELUSAN )

1) Empat orang calon Fakulti Sains dan Teknologi telah kehilangan borang pencalonan sedangkan calon-calon telah meninggalkannya di pejabat dekan untuk ditandatangani
2) Calon-calon mengalami kesukaran sewaktu mendapatkan tandatangan dekan memandangkan dekan tidak memberi kerjasama yang sewajarnya.
3) Ketika hari penamaan calon, dekan tidak berada di pejabat dan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan semula borang yang telah diserahkan. Surat bantahan dibuat berikutan kehilangan 4 borang calon .
4) Ibu bapa calon menerima panggilan ugutan pada malam selepas pembelian borang pencalonan
5) Berlaku kesilapan dimana sebelum tempoh mengundi dijalankan sudah ada pelajar yang mengundi dan undi tersebut dipadamkan oleh TNC -mungkin penyelewengan berlaku.
6) Apabila sistem dibuka, telah masuk 3 undi dalam kotak pengundi menggambarkan sistem tidak berfungsi dengan baik
7) Semasa membuat bantahan, pihak SPR telah menolak bantahan yang dikemukan oleh calon dengan alasan borang tidak diproses. Di samping itu juga, wang yang dibayar tidak dikembalikan semula sedangkan calon tidak dibenarkan masuk bertanding disebabkan borang hilang.
8) Calon yang menamakan diri mereka aspirasi mendapat laluan mudah kerana mendapat bantuan daripada HEP dan juga SMU( Sahabat Mahasiswa Universiti)

IMBASAN PRK 06/07

Di Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) Tanjung Malim pula turut menyaksikan kejadian yang sama. Di bawah peraturan tertentu, manifesto calon perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) terlebih dahulu, sedangkan manifesto adalah hak mutlak calon sebagai ikatan janji antara calon dengan mahasiswa.Menurut sumber Upsi, kempen juga dilarang secara bersemuka seperti di tempat ibadat, bilik bacaan dan dari bilik ke bilik. "Kempen di bilik kuliah dibenarkan, tapi mestilah mendapat kelulusan pegawai akademik dan hal itu tidak boleh melebihi 10 minit."Selain itu, hanya poster dan kain rentang yang mendapat kelulusan SPMPP sahaja yang boleh digunakan. Kita hanya dibenarkan mengguna tali yang disediakan oleh SMPP sahaja dan menampal pada papan kenyataan yang dibenarkan sahaja mereka," jelas sumber berkenaan.Sumber itu berkata, ada sesetengah calon yang diugut dan dilarang bertanding oleh pengetua kolej dan felo-felo, bahawa nama mereka akan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pro pembangkang."Calon-calon yang bukan ditaja oleh HEP tidak mendapat tandatangan Dekan malah diugut oleh Dekan sekiranya menang akan memberi kesan untuk 'posting' dalam kerjaya perguruan setelah tamat pengajian."Selain itu, pihak HEP sendiri telah menyediakan senarai calon Aspirasi di pihak mereka sahaja. Senarai itu telah digunakan untuk memudahkan rujukan para Dekan sebelum menurunkan tandatangan bagi mengesahkan pencalonan," kata sumber berkenaan.Menurut sumber, pihak polis turut berada di sekitar pejabat HEP pada hari penjualan borang pencalonan dilakukan.

Friday, September 5, 2008

KEBANGKITAN MAHASISWA UPSI MELALUI MEMORANDUM

'MEMORANDUM 1'
MEMORANDUM
MAHASISWA MENUNTUT PEMANSUHAN SISTEM E-VOTING, KEADILAN DAN KEBEBASAN DALAM PROSES PERLAKSANAAN PILIHANRAYA KAMPUS 2008

DISEDIAKAN OLEH
Persatuan Mahasiswa Sains (PMS)

UNTUK
Yang Berhormat Profesor Dato’ Dr Aminah Bt Ayob
Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris

TARIKH
13 JULAI 2008
'MEMORANDUM 2'
MEMORANDUM
MAHASISWA MEMBANTAH PENGANJURAN KONSERT FIESTA SEMPERNA PESTA KONVO

DISEDIAKAN OLEH
PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM(PPI)

UNTUK
Yang Berhormat Profesor Dato’ Dr Aminah Bt Ayob
Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris

TARIKH
13 OGOS 2008

Lagi-lagi peraturan

Beberapa peraturan pilihanraya mula dilaksanakan hinggalah ke pilihanraya kali ini. Tetapi, peraturan itu tidak pula seragam bagi semua universiti. Namun persoalannya tetap sama ada paradoks dalam pendekatan, konsep dan kandungan sebahagian daripada peraturan itu.
Pilihanraya kampus memerlukan peraturan. Tetapi, peraturan tidak perlulah terlalu banyak. Kini, peraturan begitu banyak hingga satu-satunya peraturan yang belum dilaksanakan seperti calon dikenakan memakai pakaian seragam. Jika peraturan ini diadakan, maka lengkaplah percubaan pihak tertentu untuk menjadikan mahasiswa saling tidak tumpah seperti pelajar sekolah menengah.
Tidak paradoks. Kita ingin mahasiswa dewasa, tetapi kita memperbudakkannya. Kita ingin mahasiswa berfikir di luar kotak, tetapi kita memperkotakkannya.
Kita ingin meningkatkan penyertaan mahasiswa dalam pilihanraya kampus, tetapi kita mengenakan syarat supaya calon mesti mempunyai Purata Gred Kumulatif Terkumpul (CGPA) yang tinggi. Syarat mempunyai CGPA tertentu adalah wajar kerana mahasiswa gagal peperiksaan atau lulus dengan markah rendah tidak sesuai menjadi pemimpin, kerana pemimpin adalah model.
Soal calon lemah akademik akan menanggung risiko jika menang MPP mungkin tidak timbul. Jika mahu menjadi pemimpin perlu berani menanggung risiko. Malah, calon yang tinggi CGPA pun belum tentu tidak menanggung risiko.
Tetapi, tidak perlulah syarat CGPA terlalu tinggi. Pilihanraya kampus bukannya latihan akademik. Ia latihan kokurikulum, latihan kepemimpinan. Ada mahasiswa CGPAnya tidak tinggi, tetapi bakat kepemimpinannya tinggi. Usahlah menafikan peluangnya cemerlang dalam bidang difikirkan mampu boleh cemerlang. Ada mahasiswa yang CGPAnya tinggi, tetapi bakat kepemimpinannya rendah. Usahlah memaksanya untuk berbuat perkara yang tidak diminatinya.Adakalanya kita tidak mempunyai premis kukuh dalam membuat penilaian dalam hubungan antara prestasi akademik dan kokurikulum.


Profesor Universiti Harvard Harry R. Lewis (2006) dalam bukunya Excellence Without Soul mengatakan, apabila keputusan akademik mahasiswa kurang memuaskan, lazimnya fokus diberikan terhadap kelemahan mahasiswa dan bukan terhadap kerendahan kualiti pendidikan ditawarkan universiti. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum tidak menjejaskan keputusan akademik mahasiswa. Sebaliknya, ia jelas meningkatkan sikap mereka.

Jika mahasiswa tidak seronok dengan pelajarannya, adalah menjadi tanggungjawab universiti memperbaikinya, bukan dengan cara menghadkan kehidupan kokurikulumnya. Menyekat perkara yang diminati mahasiswa bukanlah cara untuk membuat mereka lebih meminati perkara yang lain.

Yang menjadi persoalan ialah kita ingin mahasiswa bersuara, tetapi kita hadkan tempoh masa berkempen. Menghadkannya kepada seminggu adalah wajar kerana kampus dan jumlah pemilih tidak terlalu besar. Tetapi menghadkannya kepada tiga hari adalah keterlaluan.

Kita ingin mahasiswa kreatif, tetapi ada universiti menghadkan poster pilihanraya kepada warna hitam dan putih. Alasannya bimbang digunakan warna tertentu yang dianggap meniru warna parti politik tertentu. Usahlah sampai alergik dengan warna tertentu.

Ada ketikanya kita tidak adil dalam membuat peraturan. Contohnya, mahasiswa kampus tempatan tidak boleh didekati parti politik. Tetapi, mereka memahami politik kampus, termasuk pilihanraya kampus tahu apa sebenarnya berlaku. Malah, mereka menyoal mengapa pula mahasiswa di luar negara digalakkan menyertai parti politik tertentu dan diundang berucap di mesyuarat agung tahunan parti tersebut?Sebahagian peraturan dikenakan ini membayangkan seolah-olah ada pihak tertentu yang seperti takut berhadapan dengan pilihanraya kampus. Adakah kerana takut ada mahasiswa yang propembangkang? Hakikatnya ialah tidak mungkin semua mahasiswa menyokong kerajaan. Jika ada tidak menyokong kerajaan, ini tidak semestinya bermakna menyokong pembangkang. Kalaupun ada menyokong pembangkang, ini adat politik. Inikan pula politik kampus. Ramai mahasiswa menyokong pembangkang apabila meninggalkan kampus dan ramai juga menyokong kerajaan.

Ada Ahli Parlimen parti pemerintah hari ini yang tidak menyokong kerajaan ketika di kampus dulu. Malah, ada sebelum ini pernah menjadi menteri, kemudian menjadi pembangkang tetapi menjadi menteri semula.

Pada masa sama, adakah jaminan bahawa semua dilabelkan proaspirasi itu benar-benar proaspirasi? Apakah tidak mungkin ada yang menyamar? Atau universiti tertentu mengatakan sebahagiannya proaspirasi semata-mata untuk mengelakkan banyak sangat soalan daripada pihak tertentu? Sekiranya ingin memancing sokongan mahasiswa, mesti bijaksana berhadapan dengan mereka. Mesti rajin mendampingi mereka dengan ikhlas dan tulen. Mesti berbahas dengan artikulatif dan persuasif. Menteri yang berani berdebat di kampus cuma segelintir, contohnya Datuk Seri Mohd Nazri Abd Aziz.

Kita bimbang, jika terlalu mengongkong, ada mahasiswa mengambil keputusan untuk aktif di kampus, tetapi menerusi persatuan lain dan bukannya MPP. Apabila ini berlaku, yang rugi ialah kita semua.

Pilihanraya kampus adalah gelanggang latihan kepemimpinan. Berilah mereka ruang untuk menyuarakan idealisme mahasiswa. Sekiranya ada melampaui batas, ambillah tindakan perundangan berasaskan kebenaran dan keadilan. Tetapi, sebelum kesalahan berlaku, berilah kebebasan.Yang penting bukannya keputusan pilihanraya kampus kali ini, sebaliknya memastikan pilihanraya dan politik kampus berperanan secara efektif dalam mencapai salah satu cabaran Wawasan 2020 iaitu mempunyai demokrasi matang.
'Pilihanraya dan politik kampus adalah proses pendidikan demokrasi'.

Kenapa Politik Negara Makin Kalut?

Jawapan drp Dr Haron Din;

Keadaan politik di Malaysia amat-amat kalut dan berserabut. Jika rakyat yang mengikutinya akan pening kepala, sudah tentu mereka yang terbabit dalam politik lebih merasai keserabutannya. Terlalu banyak isu yang menyentuh negara, melibatkan kredibiliti pemerintah, sekali gus meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan kebingungan dan huru hara penghidupan. Perihal ketidak puas hati rakyat terhadap kerajaan semakin jelas apabila kenaikan harga barang-barang keperluan seharian amat menekan, diikuti dengan indeks rasuah yang semakin melonjak, kes-kes rasuah berprofil tinggi terbongkar satu demi satu dan diikuti dengan fitnah yang tidak habis-habis.
Tuduhan liwat serta fitnah yang melampau ini kadang-kadang dilihat sebagai suatu sandiwara. Mengapa semuanya ini berlaku? Jawabnya mudah, ia adalah kerana manusia tidak takut dosa, tidak gerun dengan ancaman Allah SWT, tidak peduli apa yang hendak terjadi pada hari pembalasan. Manusia kini seolah-olah tidak memperdulikan soal neraka dan syurga. Asalkan hati mereka mendapat kepuasan di dunia, mereka sanggup melakukan apa sahaja.
Soal maruah, soal mengaibkan manusia dan apa sahaja yang seumpama dengannya tidak pernah menjadi perhitungan. Inilah sebabnya hal-hal yang saya nyatakan di atas boleh berlaku.
Malah berbagai-bagai konspirasi boleh dilakukan tanpa segan silu kerana manusia telah dikuasai oleh tuntutan keduniaan yang melampau dan gila kuasa yang tidak terbatas.
Merujuk kepada fitnah liwat yang saudara bangkitkan dalam persoalan, pada saya, jika hukum-hukum Islam berjalan atau berfungsi, saya tidak fikir orang berani melontar fitnah sebegitu.
Ini kerana sekadar mendakwa seseorang itu melakukan liwat tanpa cukup bukti yang nyata dan kukuh, hukuman sebaliknya akan dijatuhkan ke atas si penuduh.
Orang yang membuat tuduhan tanpa cukup saksi, akan dijatuhkan hukuman qazaf mengikut suatu pendapat fuqaha.
Qazaf adalah menuduh zina, tanpa membawa empat orang saksi yang adil, yang benar-benar melihat perbuatan tersebut.
Jika penuduh gagal membuktikannya, maka si penuduh akan dikenakan hukuman, seperti firman Allah (mafhumnya): "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik pekertinya melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi, maka hendaklah disebat mereka dengan 80 kali sebatan (selepas itu); janganlah kamu menerima persaksian mereka buat selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah an-Nur, ayat 4)
Ayat ini tidak merujuk kepada wanita sahaja, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menuduh zina tanpa cukup bukti, maka akan dikenakan hukuman qazaf.
Timbul persoalan, bolehkah qazaf ini digunakan juga kepada sesiapa yang menuduh orang lain melakukan liwat? Atau didakwa dia diliwat, apakah termasuk dalam konteks ini?
Dalam mazhab as-Syafie, dengan merujuk kepada Kitab al-Muhazzab, juzuk dua, halaman 237, ada dinyatakan, maksudnya; "Sekiranya seseorang berkata (menuduh) kepada seorang lain, 'kamu adalah peliwat atau si fulan meliwat saya atau mengaku dirinya diliwat' (tanpa paksaan), maka itu adalah kazaf, sama dengan kazaf zina, wajib dikenakan hukuman qazaf."
Ini bererti bahawa yang menuduh liwat, sama dengan menuduh zina, wajib diproses mengikut hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Apabila hukum Islam tidak berfungsi dan diketepikan maka berleluasalah tuduhan-tuduhan yang seperti itu, kerana tidak ada sesuatu yang menjadi penghalang atau merasa gerun untuk melakukannya.
Alangkah rugi dan kecohnya masyarakat apabila tuduhan-tuduhan liar sebegini, masih menjadi mainan orang-orang tertentu menuduh orang-orang lain dengan pelbagai tuduhan.
Ingatlah, meskipun hukuman-hukuman had seperti yang disebutkan di atas, tidak dapat dilaksanakan buat seketika ini, akan tetapi insafilah bahawa hukuman Allah di akhirat nanti, pasti menunggu semua yang terlibat.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang mahsyur (mafhumnya): "Sesungguhnya hukuman dunia adalah lebih ringan daripada hukuman di akhirat."
Ini membawa maksud, bahawa segala kesalahan yang ada peruntukkannya dalam al-Quran atau as-Sunnah, jika dilaksanakan di dunia seperti kehendak Allah, maka ianya adalah paling ringan bagi orang yang terlibat menerimanya. Jika mereka terlepas daripada menerimanya di dunia, maka di akhirat nanti mereka akan menerima hukuman yang lebih berat daripada Allah SWT. Wallahua'lam

RAKYAT TERUS DIHIMPIT DUKA

Penindasan dan ketidakprihatinan pemerintah kepada rakyat,menyebabkan rakyat makin terseksa.Ketidakpuasan hati inilah yang menyebabkan rakyat bangkit untuk membuat keputusan undi protes dalam PRU Ke 12 yang lalu.Pilihanraya yang penuh mempunyai nilai tersendiri dan bersejarah dengan kebangkitan rakyat secara beramai-ramai dan terang-terangan menolak Kerajaan Barisan Nasional.Kalimat 'MAKHAL SAKTI' terus dilaungkan. Namun jangan kita lupa sumbangan yang cukup besar dalam pru ke 12 tersebut ialah sumbangan generasi muda(mahasiswa) yang jelas boleh dilihat dari saluran 4 dan 5 yang memberi undai paling tinggi kepada calon-calon pakatan rakyat.

Thursday, September 4, 2008

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN SEBAGAI CALON DALAM PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) 2008/09

Pelajar-pelajar yang berhasrat bertanding sebagai calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2008/09 wajib mematuhi syarat-syarat berikut:
1. Sedang mengikuti program Ijazah Pertama (Sarjana Muda) secara sepenuh masa di kampus.

2. Hendaklah mempunyai baki sekurang-kurangnya 2 semester.
3. PNGK tidak kurang dari 3.00.
4. Telah menduduki peperiksaan pertamanya di UPSI bagi kursus pengajian yang diikutinya.
5. Tidak menghadapi prosiding tatatertib terhadapnya yang masih belum selesai.
6. Tidak pernah didapati bersalah dalam apa-apa jua kesalahan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UPSI.
7. Melepaskan jawatan di Kolej Kediaman atau Persatuan dan Kelab sebelum hari penamaan calon.
8. Mendaftar dan mengikuti kesemua 3 siri kursus kepimpinan yang akan dianjurkan pihak JHEPA sebelum hari penamaan calon.

Wednesday, September 3, 2008

Antara proaspirasi dan promahasiswa?yang mana menjadi pilihan...

Signifikan dalam mana2 siri pilihanraya kampus,saingan yang utama dalam perebutan kabinet MPP adalah diantara pro mahasiswa dengan pro kerajaan.Saya percaya kedua-dua kumpulan ini sedang mengatur perancangan teliti untuk prk kali ini.Apakah yang dikatakan dengan pro mahasiswa atau pro aspirasi?Mari kita sama2 bandingkan dan buatlah pilihan yang tepat
PRO MAHASISWA
1)Mewakili mahasiswa
2)Tidak ditaja mana-mana pihak
3)Tiada peruntukan/dana
4)Memperjuangkan hak-hak mahasiswa
5)Mendapat kesukaran yang diatur pihak pentabdiran

PRO ASPIRASI
1)Hantu/kambing hitam HEP
2)Ditaja HEP dan UMNO
3)Mendapat peruntukan dari UMNO
4)Memperjungkan hak kroni mereka
5)Mendapat laluan yang amat senang
Anda sebagai pengundi.... Buatlah pilihan yang bijak! Jangan sampai menang sorak ,kampung tergadai

Debaran pilihanraya kampus 08

Semestinya pilihanraya kampus menjadi upacara tahunan di Universiti.tidak terlepas buat kampus upsi sendiri.Jantung makin berdenyut kencang,langkah sudah diatur namun tarikh sebenar pilihanraya masih lagi menjadi teka-teki semua pihak.Yang pastinya,perubahan syarat yang dikenakan oleh sekretariat pemilihan pada tahun ini sedikit mengejutkan.Mari kita lihat syarat-syarat pemilihan calon untuk sesi ini.

kembali menemui anda

Alhamdulilah... akhirnya terlaksana juga impian untuk menyiapkan ruangan yang akan membicarakan isu-isu yang berlaku dikampus upsi yang tercinta.Mudah-mudahan dengan lahirnya blog ini, akan menjadi satu platform dan media alternatif yang terbaik untuk mahasiswa kampus mengetahui isu-isu dan juga perkara yang berlegar didalam kampus.