Monday, September 8, 2008

IMBASAN PRK 07/08 ( BUKTI KETIDAKTELUSAN )

1) Empat orang calon Fakulti Sains dan Teknologi telah kehilangan borang pencalonan sedangkan calon-calon telah meninggalkannya di pejabat dekan untuk ditandatangani
2) Calon-calon mengalami kesukaran sewaktu mendapatkan tandatangan dekan memandangkan dekan tidak memberi kerjasama yang sewajarnya.
3) Ketika hari penamaan calon, dekan tidak berada di pejabat dan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan semula borang yang telah diserahkan. Surat bantahan dibuat berikutan kehilangan 4 borang calon .
4) Ibu bapa calon menerima panggilan ugutan pada malam selepas pembelian borang pencalonan
5) Berlaku kesilapan dimana sebelum tempoh mengundi dijalankan sudah ada pelajar yang mengundi dan undi tersebut dipadamkan oleh TNC -mungkin penyelewengan berlaku.
6) Apabila sistem dibuka, telah masuk 3 undi dalam kotak pengundi menggambarkan sistem tidak berfungsi dengan baik
7) Semasa membuat bantahan, pihak SPR telah menolak bantahan yang dikemukan oleh calon dengan alasan borang tidak diproses. Di samping itu juga, wang yang dibayar tidak dikembalikan semula sedangkan calon tidak dibenarkan masuk bertanding disebabkan borang hilang.
8) Calon yang menamakan diri mereka aspirasi mendapat laluan mudah kerana mendapat bantuan daripada HEP dan juga SMU( Sahabat Mahasiswa Universiti)

IMBASAN PRK 06/07

Di Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) Tanjung Malim pula turut menyaksikan kejadian yang sama. Di bawah peraturan tertentu, manifesto calon perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) terlebih dahulu, sedangkan manifesto adalah hak mutlak calon sebagai ikatan janji antara calon dengan mahasiswa.Menurut sumber Upsi, kempen juga dilarang secara bersemuka seperti di tempat ibadat, bilik bacaan dan dari bilik ke bilik. "Kempen di bilik kuliah dibenarkan, tapi mestilah mendapat kelulusan pegawai akademik dan hal itu tidak boleh melebihi 10 minit."Selain itu, hanya poster dan kain rentang yang mendapat kelulusan SPMPP sahaja yang boleh digunakan. Kita hanya dibenarkan mengguna tali yang disediakan oleh SMPP sahaja dan menampal pada papan kenyataan yang dibenarkan sahaja mereka," jelas sumber berkenaan.Sumber itu berkata, ada sesetengah calon yang diugut dan dilarang bertanding oleh pengetua kolej dan felo-felo, bahawa nama mereka akan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pro pembangkang."Calon-calon yang bukan ditaja oleh HEP tidak mendapat tandatangan Dekan malah diugut oleh Dekan sekiranya menang akan memberi kesan untuk 'posting' dalam kerjaya perguruan setelah tamat pengajian."Selain itu, pihak HEP sendiri telah menyediakan senarai calon Aspirasi di pihak mereka sahaja. Senarai itu telah digunakan untuk memudahkan rujukan para Dekan sebelum menurunkan tandatangan bagi mengesahkan pencalonan," kata sumber berkenaan.Menurut sumber, pihak polis turut berada di sekitar pejabat HEP pada hari penjualan borang pencalonan dilakukan.

Friday, September 5, 2008

KEBANGKITAN MAHASISWA UPSI MELALUI MEMORANDUM

'MEMORANDUM 1'
MEMORANDUM
MAHASISWA MENUNTUT PEMANSUHAN SISTEM E-VOTING, KEADILAN DAN KEBEBASAN DALAM PROSES PERLAKSANAAN PILIHANRAYA KAMPUS 2008

DISEDIAKAN OLEH
Persatuan Mahasiswa Sains (PMS)

UNTUK
Yang Berhormat Profesor Dato’ Dr Aminah Bt Ayob
Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris

TARIKH
13 JULAI 2008
'MEMORANDUM 2'
MEMORANDUM
MAHASISWA MEMBANTAH PENGANJURAN KONSERT FIESTA SEMPERNA PESTA KONVO

DISEDIAKAN OLEH
PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM(PPI)

UNTUK
Yang Berhormat Profesor Dato’ Dr Aminah Bt Ayob
Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris

TARIKH
13 OGOS 2008

Lagi-lagi peraturan

Beberapa peraturan pilihanraya mula dilaksanakan hinggalah ke pilihanraya kali ini. Tetapi, peraturan itu tidak pula seragam bagi semua universiti. Namun persoalannya tetap sama ada paradoks dalam pendekatan, konsep dan kandungan sebahagian daripada peraturan itu.
Pilihanraya kampus memerlukan peraturan. Tetapi, peraturan tidak perlulah terlalu banyak. Kini, peraturan begitu banyak hingga satu-satunya peraturan yang belum dilaksanakan seperti calon dikenakan memakai pakaian seragam. Jika peraturan ini diadakan, maka lengkaplah percubaan pihak tertentu untuk menjadikan mahasiswa saling tidak tumpah seperti pelajar sekolah menengah.
Tidak paradoks. Kita ingin mahasiswa dewasa, tetapi kita memperbudakkannya. Kita ingin mahasiswa berfikir di luar kotak, tetapi kita memperkotakkannya.
Kita ingin meningkatkan penyertaan mahasiswa dalam pilihanraya kampus, tetapi kita mengenakan syarat supaya calon mesti mempunyai Purata Gred Kumulatif Terkumpul (CGPA) yang tinggi. Syarat mempunyai CGPA tertentu adalah wajar kerana mahasiswa gagal peperiksaan atau lulus dengan markah rendah tidak sesuai menjadi pemimpin, kerana pemimpin adalah model.
Soal calon lemah akademik akan menanggung risiko jika menang MPP mungkin tidak timbul. Jika mahu menjadi pemimpin perlu berani menanggung risiko. Malah, calon yang tinggi CGPA pun belum tentu tidak menanggung risiko.
Tetapi, tidak perlulah syarat CGPA terlalu tinggi. Pilihanraya kampus bukannya latihan akademik. Ia latihan kokurikulum, latihan kepemimpinan. Ada mahasiswa CGPAnya tidak tinggi, tetapi bakat kepemimpinannya tinggi. Usahlah menafikan peluangnya cemerlang dalam bidang difikirkan mampu boleh cemerlang. Ada mahasiswa yang CGPAnya tinggi, tetapi bakat kepemimpinannya rendah. Usahlah memaksanya untuk berbuat perkara yang tidak diminatinya.Adakalanya kita tidak mempunyai premis kukuh dalam membuat penilaian dalam hubungan antara prestasi akademik dan kokurikulum.


Profesor Universiti Harvard Harry R. Lewis (2006) dalam bukunya Excellence Without Soul mengatakan, apabila keputusan akademik mahasiswa kurang memuaskan, lazimnya fokus diberikan terhadap kelemahan mahasiswa dan bukan terhadap kerendahan kualiti pendidikan ditawarkan universiti. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum tidak menjejaskan keputusan akademik mahasiswa. Sebaliknya, ia jelas meningkatkan sikap mereka.

Jika mahasiswa tidak seronok dengan pelajarannya, adalah menjadi tanggungjawab universiti memperbaikinya, bukan dengan cara menghadkan kehidupan kokurikulumnya. Menyekat perkara yang diminati mahasiswa bukanlah cara untuk membuat mereka lebih meminati perkara yang lain.

Yang menjadi persoalan ialah kita ingin mahasiswa bersuara, tetapi kita hadkan tempoh masa berkempen. Menghadkannya kepada seminggu adalah wajar kerana kampus dan jumlah pemilih tidak terlalu besar. Tetapi menghadkannya kepada tiga hari adalah keterlaluan.

Kita ingin mahasiswa kreatif, tetapi ada universiti menghadkan poster pilihanraya kepada warna hitam dan putih. Alasannya bimbang digunakan warna tertentu yang dianggap meniru warna parti politik tertentu. Usahlah sampai alergik dengan warna tertentu.

Ada ketikanya kita tidak adil dalam membuat peraturan. Contohnya, mahasiswa kampus tempatan tidak boleh didekati parti politik. Tetapi, mereka memahami politik kampus, termasuk pilihanraya kampus tahu apa sebenarnya berlaku. Malah, mereka menyoal mengapa pula mahasiswa di luar negara digalakkan menyertai parti politik tertentu dan diundang berucap di mesyuarat agung tahunan parti tersebut?Sebahagian peraturan dikenakan ini membayangkan seolah-olah ada pihak tertentu yang seperti takut berhadapan dengan pilihanraya kampus. Adakah kerana takut ada mahasiswa yang propembangkang? Hakikatnya ialah tidak mungkin semua mahasiswa menyokong kerajaan. Jika ada tidak menyokong kerajaan, ini tidak semestinya bermakna menyokong pembangkang. Kalaupun ada menyokong pembangkang, ini adat politik. Inikan pula politik kampus. Ramai mahasiswa menyokong pembangkang apabila meninggalkan kampus dan ramai juga menyokong kerajaan.

Ada Ahli Parlimen parti pemerintah hari ini yang tidak menyokong kerajaan ketika di kampus dulu. Malah, ada sebelum ini pernah menjadi menteri, kemudian menjadi pembangkang tetapi menjadi menteri semula.

Pada masa sama, adakah jaminan bahawa semua dilabelkan proaspirasi itu benar-benar proaspirasi? Apakah tidak mungkin ada yang menyamar? Atau universiti tertentu mengatakan sebahagiannya proaspirasi semata-mata untuk mengelakkan banyak sangat soalan daripada pihak tertentu? Sekiranya ingin memancing sokongan mahasiswa, mesti bijaksana berhadapan dengan mereka. Mesti rajin mendampingi mereka dengan ikhlas dan tulen. Mesti berbahas dengan artikulatif dan persuasif. Menteri yang berani berdebat di kampus cuma segelintir, contohnya Datuk Seri Mohd Nazri Abd Aziz.

Kita bimbang, jika terlalu mengongkong, ada mahasiswa mengambil keputusan untuk aktif di kampus, tetapi menerusi persatuan lain dan bukannya MPP. Apabila ini berlaku, yang rugi ialah kita semua.

Pilihanraya kampus adalah gelanggang latihan kepemimpinan. Berilah mereka ruang untuk menyuarakan idealisme mahasiswa. Sekiranya ada melampaui batas, ambillah tindakan perundangan berasaskan kebenaran dan keadilan. Tetapi, sebelum kesalahan berlaku, berilah kebebasan.Yang penting bukannya keputusan pilihanraya kampus kali ini, sebaliknya memastikan pilihanraya dan politik kampus berperanan secara efektif dalam mencapai salah satu cabaran Wawasan 2020 iaitu mempunyai demokrasi matang.
'Pilihanraya dan politik kampus adalah proses pendidikan demokrasi'.

Kenapa Politik Negara Makin Kalut?

Jawapan drp Dr Haron Din;

Keadaan politik di Malaysia amat-amat kalut dan berserabut. Jika rakyat yang mengikutinya akan pening kepala, sudah tentu mereka yang terbabit dalam politik lebih merasai keserabutannya. Terlalu banyak isu yang menyentuh negara, melibatkan kredibiliti pemerintah, sekali gus meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan kebingungan dan huru hara penghidupan. Perihal ketidak puas hati rakyat terhadap kerajaan semakin jelas apabila kenaikan harga barang-barang keperluan seharian amat menekan, diikuti dengan indeks rasuah yang semakin melonjak, kes-kes rasuah berprofil tinggi terbongkar satu demi satu dan diikuti dengan fitnah yang tidak habis-habis.
Tuduhan liwat serta fitnah yang melampau ini kadang-kadang dilihat sebagai suatu sandiwara. Mengapa semuanya ini berlaku? Jawabnya mudah, ia adalah kerana manusia tidak takut dosa, tidak gerun dengan ancaman Allah SWT, tidak peduli apa yang hendak terjadi pada hari pembalasan. Manusia kini seolah-olah tidak memperdulikan soal neraka dan syurga. Asalkan hati mereka mendapat kepuasan di dunia, mereka sanggup melakukan apa sahaja.
Soal maruah, soal mengaibkan manusia dan apa sahaja yang seumpama dengannya tidak pernah menjadi perhitungan. Inilah sebabnya hal-hal yang saya nyatakan di atas boleh berlaku.
Malah berbagai-bagai konspirasi boleh dilakukan tanpa segan silu kerana manusia telah dikuasai oleh tuntutan keduniaan yang melampau dan gila kuasa yang tidak terbatas.
Merujuk kepada fitnah liwat yang saudara bangkitkan dalam persoalan, pada saya, jika hukum-hukum Islam berjalan atau berfungsi, saya tidak fikir orang berani melontar fitnah sebegitu.
Ini kerana sekadar mendakwa seseorang itu melakukan liwat tanpa cukup bukti yang nyata dan kukuh, hukuman sebaliknya akan dijatuhkan ke atas si penuduh.
Orang yang membuat tuduhan tanpa cukup saksi, akan dijatuhkan hukuman qazaf mengikut suatu pendapat fuqaha.
Qazaf adalah menuduh zina, tanpa membawa empat orang saksi yang adil, yang benar-benar melihat perbuatan tersebut.
Jika penuduh gagal membuktikannya, maka si penuduh akan dikenakan hukuman, seperti firman Allah (mafhumnya): "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik pekertinya melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi, maka hendaklah disebat mereka dengan 80 kali sebatan (selepas itu); janganlah kamu menerima persaksian mereka buat selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah an-Nur, ayat 4)
Ayat ini tidak merujuk kepada wanita sahaja, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menuduh zina tanpa cukup bukti, maka akan dikenakan hukuman qazaf.
Timbul persoalan, bolehkah qazaf ini digunakan juga kepada sesiapa yang menuduh orang lain melakukan liwat? Atau didakwa dia diliwat, apakah termasuk dalam konteks ini?
Dalam mazhab as-Syafie, dengan merujuk kepada Kitab al-Muhazzab, juzuk dua, halaman 237, ada dinyatakan, maksudnya; "Sekiranya seseorang berkata (menuduh) kepada seorang lain, 'kamu adalah peliwat atau si fulan meliwat saya atau mengaku dirinya diliwat' (tanpa paksaan), maka itu adalah kazaf, sama dengan kazaf zina, wajib dikenakan hukuman qazaf."
Ini bererti bahawa yang menuduh liwat, sama dengan menuduh zina, wajib diproses mengikut hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Apabila hukum Islam tidak berfungsi dan diketepikan maka berleluasalah tuduhan-tuduhan yang seperti itu, kerana tidak ada sesuatu yang menjadi penghalang atau merasa gerun untuk melakukannya.
Alangkah rugi dan kecohnya masyarakat apabila tuduhan-tuduhan liar sebegini, masih menjadi mainan orang-orang tertentu menuduh orang-orang lain dengan pelbagai tuduhan.
Ingatlah, meskipun hukuman-hukuman had seperti yang disebutkan di atas, tidak dapat dilaksanakan buat seketika ini, akan tetapi insafilah bahawa hukuman Allah di akhirat nanti, pasti menunggu semua yang terlibat.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang mahsyur (mafhumnya): "Sesungguhnya hukuman dunia adalah lebih ringan daripada hukuman di akhirat."
Ini membawa maksud, bahawa segala kesalahan yang ada peruntukkannya dalam al-Quran atau as-Sunnah, jika dilaksanakan di dunia seperti kehendak Allah, maka ianya adalah paling ringan bagi orang yang terlibat menerimanya. Jika mereka terlepas daripada menerimanya di dunia, maka di akhirat nanti mereka akan menerima hukuman yang lebih berat daripada Allah SWT. Wallahua'lam

RAKYAT TERUS DIHIMPIT DUKA

Penindasan dan ketidakprihatinan pemerintah kepada rakyat,menyebabkan rakyat makin terseksa.Ketidakpuasan hati inilah yang menyebabkan rakyat bangkit untuk membuat keputusan undi protes dalam PRU Ke 12 yang lalu.Pilihanraya yang penuh mempunyai nilai tersendiri dan bersejarah dengan kebangkitan rakyat secara beramai-ramai dan terang-terangan menolak Kerajaan Barisan Nasional.Kalimat 'MAKHAL SAKTI' terus dilaungkan. Namun jangan kita lupa sumbangan yang cukup besar dalam pru ke 12 tersebut ialah sumbangan generasi muda(mahasiswa) yang jelas boleh dilihat dari saluran 4 dan 5 yang memberi undai paling tinggi kepada calon-calon pakatan rakyat.

Thursday, September 4, 2008

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN SEBAGAI CALON DALAM PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) 2008/09

Pelajar-pelajar yang berhasrat bertanding sebagai calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2008/09 wajib mematuhi syarat-syarat berikut:
1. Sedang mengikuti program Ijazah Pertama (Sarjana Muda) secara sepenuh masa di kampus.

2. Hendaklah mempunyai baki sekurang-kurangnya 2 semester.
3. PNGK tidak kurang dari 3.00.
4. Telah menduduki peperiksaan pertamanya di UPSI bagi kursus pengajian yang diikutinya.
5. Tidak menghadapi prosiding tatatertib terhadapnya yang masih belum selesai.
6. Tidak pernah didapati bersalah dalam apa-apa jua kesalahan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UPSI.
7. Melepaskan jawatan di Kolej Kediaman atau Persatuan dan Kelab sebelum hari penamaan calon.
8. Mendaftar dan mengikuti kesemua 3 siri kursus kepimpinan yang akan dianjurkan pihak JHEPA sebelum hari penamaan calon.

Wednesday, September 3, 2008

Antara proaspirasi dan promahasiswa?yang mana menjadi pilihan...

Signifikan dalam mana2 siri pilihanraya kampus,saingan yang utama dalam perebutan kabinet MPP adalah diantara pro mahasiswa dengan pro kerajaan.Saya percaya kedua-dua kumpulan ini sedang mengatur perancangan teliti untuk prk kali ini.Apakah yang dikatakan dengan pro mahasiswa atau pro aspirasi?Mari kita sama2 bandingkan dan buatlah pilihan yang tepat
PRO MAHASISWA
1)Mewakili mahasiswa
2)Tidak ditaja mana-mana pihak
3)Tiada peruntukan/dana
4)Memperjuangkan hak-hak mahasiswa
5)Mendapat kesukaran yang diatur pihak pentabdiran

PRO ASPIRASI
1)Hantu/kambing hitam HEP
2)Ditaja HEP dan UMNO
3)Mendapat peruntukan dari UMNO
4)Memperjungkan hak kroni mereka
5)Mendapat laluan yang amat senang
Anda sebagai pengundi.... Buatlah pilihan yang bijak! Jangan sampai menang sorak ,kampung tergadai

Debaran pilihanraya kampus 08

Semestinya pilihanraya kampus menjadi upacara tahunan di Universiti.tidak terlepas buat kampus upsi sendiri.Jantung makin berdenyut kencang,langkah sudah diatur namun tarikh sebenar pilihanraya masih lagi menjadi teka-teki semua pihak.Yang pastinya,perubahan syarat yang dikenakan oleh sekretariat pemilihan pada tahun ini sedikit mengejutkan.Mari kita lihat syarat-syarat pemilihan calon untuk sesi ini.

kembali menemui anda

Alhamdulilah... akhirnya terlaksana juga impian untuk menyiapkan ruangan yang akan membicarakan isu-isu yang berlaku dikampus upsi yang tercinta.Mudah-mudahan dengan lahirnya blog ini, akan menjadi satu platform dan media alternatif yang terbaik untuk mahasiswa kampus mengetahui isu-isu dan juga perkara yang berlegar didalam kampus.